Quantcast
Channel: Idaman Info
Viewing all articles
Browse latest Browse all 271

Bingkisan cerita Perniagaanku

$
0
0
Assalamulaikum, dah lama rasanya tak menulis menyentuh tentang pejalanan aku dalam business. Tahun ni adalah tahun ke-5 aku menguruskan kedai kesayanggan aku ni… cinta aku pada kedai ini dah menjadi terlalu mendalam sangat-sangat. Hanya dia yang menjadi teman aku tiap-tiap hari. Teman aku bersembang(sorang2), Tempat aku berehat. Hanya dia saja yg setia bersama aku di saat aku suka dan down… cheywah… tak adalah. Cinta yang sepatutnya kita letakkan adalah cintakan Allah right? Sungguh pun begitu, memang aku sayangkan perniagaan aku ni.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kedai aku sekarang dah ubah nama sekali lagi. Bukan lagi Idaman Computer centre. Tetapi “ RHI idaman enterprise " . Aku terpaksa tukar sebab apa bila kita letak nama “ COMPUTER “ pada nama sesuatu perniagaan, kita dah tak boleh letak lain-lain perniagaan dah pada nama tu. Contoh kalau aku nak jual baju ker, kain tudung Maya Karen ka , dah tak boleh sebab nama computer tu dah membatasi utk aku libatkan diri dalam perniagaan-perniagaan lain kelak. Kakak SSM(Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia) tu la yang cakap. Jadi aku ni jenis orang yang dengar cakap, aku ikut la kakak tu cakap. So sekarang kedai aku Namanya “ RHI Idaman Enterprise “ RHI stand for “ Rahman Hj Ishak “ dan sebab aku kekalkan nama idaman tu cos dah ramai org kenal nama tu dan aku tak nak orang keliru. Yg penting tak melibatkan yg masih hidup ataupun yang sudah mati.

Tambahan pengalaman setelah 5 tahun… Mungkin ada penambahannya, tak di nafikan, ada satu dua pekara baru yang telah aku lalui contohnya. Pihak Microsoft telah mendenda beberapa kedai di kawasan aku Jitra Dan Alor star sebab menggunakan perisian bukan original. Secara tak langsung membuatkan aku sedikit cuak dan berhati-hati. Bukan sikit wa cakap lu. Sebiji kedai kena sampai 12 ribu. Tapi Alhamdulillah sebab aku banyak menjual computer Recond tak ada masalah sangat sebab computer recond sudah ada lisen windows original . yang problemnya perisian Microsoft office. Lepas ni kalau sesiapa nak aku install Office 2007/2010 ka? Siap la 3/4 Ratus sebab aku kena beli yg original jer. Yg piret aku tak layan dan sebab takut kena denda makan tak habis.

Sejak dua menjak ni, aku sering terfikir dalam ayat mudah faham “ Muhasabah diri” aku di dalam sepanjang lima tahun aku berniaga ni. Aku dulu dan sekarang dari segi kenalan dan pelanggan memang dah ramai kenal berbanding dulu. Cuma aku rasa dari segi prestasi aku dlm bab promosi/ marketing plan aku sedikit merosot. Kalau dulu aku banyak keluar mencari pelanggan, sekarang aku banyak tunggu pelanggan datang kedai. Mungkain ini satu sifat yang buruk pada aku dan para perniaga-peniaga lain . atau memang aku sorang ja mcm ni. Entah. Terpikir sejenak, aku perlu menjadi diri aku seperti 5 tahun lepas dalam mengatasi masalah ini. isyaallah, mungkin itu yang aku perlu fikirkan sekarang... berfikir dan terus berfikir.  di samping mengharapkan kurniaan rahmat dan hidayah diripada Allah. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 271