Assalamualaikum semua..
![]() |
Seller Centre Tips Berniaga di Shopee Untuk Newbie |
Pada artikal kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman selok-belok berniaga di Platform Shopee. Sapa yang tak tahu Shopee kan, pasti ramai dah ada pengalaman shopping online di shopee, tapi adakah anda pernah Berniaga di shopee?
Tiba masa untuk cari duit di Shopee pulak setelah berhabis duit di shopee sebelum ni.
Sekarang jom kita sama-sama kaji sikit sebanyak tektik dan teknik berniaga di Shopee hanya untuk Newbie atau Beginner. Saya bukanlah otai perniagaan di Shopee tapi adalah sikit pengalaman untuk di kongsikan bersama anda.
Kesukaran untuk berniaga di Shopee adalah di peringkat pemulaan, semasa kita nak bina kedai (Shop) kita di dalam shopee, sebabnya kita terpaksa bersaingan dengan orang-orang lama yang sudah berjaya menjual beribu-ribu item di dalam Shopee.
Kalau diikutkan Logik akal kita sendiri, Jika barang yang nak kita jual sama dengan barang Penjual lain yang telah berjaya menjual dengan banyak (laku keras) Rating Star yang di dapat pun Tinggi,
Pasti pembeli akan memberi perhatian lebih kepada penjual tersebut berbanding kita yang baru nak start ni, Seterusnya penjual Newbie akan terus tewas di medah persaingan Dan hanya mampu menunggu umpama menunggu ayam bertelor. Itupun kalau ayam itu ayam betina, Kalau ayam Jantan macam mana ?
Sebagai Orang baru, Kita memerlukan Masa untuk bersaing dapatkan kepercayaan daripada Bakal pembeli kita terlebih dahulu. Perlu di ingat, di dalam Shopee ada beratus atau beribu pesaing yg perlu kita hadap.
Berikut beberapa Tips yang perlu peniaga yang baru (Newbie) perlu beri perhatian berdasarkan pengalaman dan pemantauan saya selama berniaga di Laman Shopee.
1. Tingkatkan Kepercayaan.
Di dalam shopee ada kriteria-kriteria tertentu yang perlu kita patuhi, dan ianya akan di pantau oleh pihak Shopee. Jadi maksudnya, kita tak boleh melakukan sesuka hati je. Menipu apatah lagi. segalanya akan di nilai oleh pihak shopee dan pembeli.
Rujuk kepada gambar contoh Seller Shopee yang dah berjaya di atas. Kalau di lihat pada bulatan merah yg saya buat pada gambar tersebut, menunjukkan Pekara-pekara penting yang di nilai oleh Shopee keatas Shop kita.
Iaitu ;
Products : Jumlah produk yang kita upload dan jumlah barang yang ada dalam shop kita.
Followers : Jumlah yang mengikuti anda.
Chat Performance : Kepantasan anda membalas setiap Chatting yang masuk.
Rating : di beri berdasarkan jumlah Produk yang telah saller jual.
Sudah tentulah pekara-pekara di atas akan di nilai oleh bakal-bakal pembeli di laman shopee. Pelawat yang masuk akan membuat perbandinggan berdasarkan pekara-pekara tersebut.
Semakin Tinggi Rat yang anda dapat pada setiap pekara tersebut . semakin tinggilah tahap kepercayaan yang anda bakal dapat.
Bebagai Saller yang baru, Anda perlu memberi fokus kepada pekara-pekara di atas, terutamanya Chat Perfomance.
2. Beri perhatian kepada Satu barang terlebih dahulu dan usahakan hingga dapat pembelian yang pertama.
Dalam hal ini , sebagai Saller baru kita tak boleh tamak untuk cuba menjual semua barang2 yang kita ada dan mengharapkan semua terjual. Jika pekara itu tak belaku, anda akan jadi mudah putus asa.
Ingat setiap barang tersebut pasti ada pesaingannya. Dengan memberi fokus kepada hanya satu barang yang anda yakin mampu membuat jualan pertama anda dan ada yakin dapat bersaingan dengan penjual yang lain. ia pasti akan meningkatkan Rating seperti yang saya ceritakan di point 1 di atas.
Fokus utama anda sebagai Seller baru, bukanlah kepada mencari seberapa banyak Jualan dapat di buat, tetapi fokus utama anda adalah mendapat jualan pertama terlebih dahulu,ia akan di ikuti dengan jualan kedua, ketiga dan seterusnya. Secara tak langsung ia akan membantu meningkatkan Rating Kedai Maya anda sedikit demi sedikit.
Biar lambat asalkan dapat apa yang kita target, daripada tamak tapi langsung tak fokus dan gagal membuat sebarang jualan.
3. Cari produk yang sedikit lain dari yang lain, dan mempunyai permintaan yang tinggi.
Dalam point ketiga ini, ia penting untuk menguatkan point yang kedua tadi. Sebagai contoh, jika anda menjual baju. Baju yang anda perlu fokuskan itu mestilah baju yang seller lain tak ada. seperti ada Logo yang unik dan ciri-ciri lain seumpamanya dan anda yakin dapat menawan hati bakal pelangan.
Ia pasti akan meningkatkan kemungkinan anda untuk mendapatkan pembelian yang Pertama.
4. Harga yang Rendah.
Untuk pemulaan, anda tak perlu fikirkan berapa keuntungan yang anda akan dapat, atau margin keuntungan yang anda akan perolehi. Cukup sekadar anda tidak rugi.
Ingat tadi , fokus utama anda adalah mendapat Jualan pertama.
Ok sampai di sini dulu perkongsian saya untuk kali ini .. semoga bermanfaat kepada sesiapa saja yang ingin memulakan perniagaan di Platform Shopee.
Untuk mendapatkan ilmu-ilmu tambahan berkenaan Bagaimana nak berniaga di Shopee, saya ingin sarankan kepada anda, dapatkan E-Book bertajuk " Business Shopee "
Melabur sedikit duit untuk dapatkan Ilmu daripada orang yang lebih mahir dan pakar dalam bidang berniaga di Shopee ini adalah satu tindakan yang anda tak akan rugi.
Dari pada anda membuang masa dan Duit di tempat lain.
Dengan membaca juga dapat membantu anda mengenali sejauh mana selok-belok dan sepak terajang berniaga di Shopee. Dengan Ilmu insyaallah anda akan berjaya suatu hari nanti.
Dapatkan E-Book " Business Shopee " dengan Klik Banner di bawah.