Quantcast
Channel: Idaman Info
Viewing all articles
Browse latest Browse all 271

Kenapa Orang Politik Di Malaysia di Lihat Terdiri Dari Mereka Yang Tak Berapa Cerdik?

$
0
0

Kenapa Orang Politik Di Malaysia di Lihat Terdiri Dari Mereka Yang Tak Berapa Cerdik?


Seumur hidup aku, sekarang aku baru rasa keadaan Politik di Malaysia tersangat teruk. Seperti tiada hala tu, tak tahu kemana yang ingin mereka bawa wawasan Negara ini.

Tak ada satu pun Parti politik yang di lihat berwibawa dan mentakbir. Semuanya di lihat terlalu berwibawa semasa mengkritik dan semasa menjawat jawatan pembangkang. Bila dah jadi kerajaan, segalanya terbongkar bahawa mereka juga dua kali Lima.

Mungkin system berpolitik di negara kita. Sekarang sedang berada dalam suasana yang sangat kotar dan ia tak sihat untuk Negara. Benda busuk seperti Cantas mencabtas, fitnah menfitnah, Rasuah, tak ada jadi diri begitu jelas terpapar di dalam diri ahli-ahli politik ini. Tanpa sedar diri meraka menganggap mereka lah pemimpin rakyat, kerajaan rakyat, perjuangan rakyat. Kalau berucap merekalah yang paling perfect.

Apa yang aku respek dengan pemabuk-pemabuk kuasa politik ini, mereka dengan mudah mampu mempegarusi rakyat untuk turut sama berenang, melompat dan terkinja-kinja mengikut rentak mereka nak dan suka. Pekara ini akan menjadi terlalu huru hara apabila tarikh pilihan raya sudah hampir tiba. Rakyat yang memiliki otak sekelumit akan menjadi alat kepada ahli-ahli politik mabuk kuasa ini untuk berkempin meluaskan pengaruh dan janji-janji bodong dan palsu yg mereka bawa. Mereka sudah siapkan mereka (Rakyat yang berfikiran Sekelumit) ini sebagai ahli setiap kepada parti, dan di beri nama jentera pilihan raya. Maka perpecahan umat seringkali terjadi apabila jentera pilihan raya ini bertemu antara satu sama lain. Kalau pada tahun 80-90an sampai tahap kafir mengkafirkan, sekarang di lihat lebih kendur tahap exteramis mereka.

Kecerdikan Orang Politik Teruji

Sekarang , sudah 2 tahun dunia sedang di landa bencana wabak covid-19. Sekarang sudah cukup terserlah kebodohan ahli-ahli politik ini apa bila gagal mengawal virus ini hingga keadaan sudah menjadi tak terkawal.
Malaysia seolah-olah sedang belayar di kancah bencana ini tanpa pemandu yang boleh memandu. Tapi tetap di biarkan memandu di sebabkan terlalu cintakan kuasa. Kalau kita di pilih salah satu ekonomi ataupun kesihatan. Pastinya setiap orang mempunyi pendapat yang berbeza. Yang bisness sudah tentu memilih ekonomi, dan yang salah seorang ahli keluarga sedang nazak di ICU pasti dia akan memilih Kesihatan. Tapi dalam stuasi sekarang, seolah-olah kita langsung tak di beri pilihan, ekonomi pun tak , kesihatan pun tidak. Masing-masing terpinga-pinga apa yang sesang belaku kepada golongan politik yang sedang memimpin negara.

Di sebabkan ahli-ahli politik di malaysia sudah begitu teruk, sekarang kenalah kita hadap stuasi sebegini.

Seorang Ahli politik yang paling lama dan paling tua pernah cakap tentang budanya politik dalam partinya. Dan bagi aku itu memang benar belaku dan itu lah puncanya ahli-ahli politik kebanyakkannya terdiri dari mereka yang tak cerdik.

Katanya lebih kurang masudnya:
Ketua cawangan akan lantik orang yang kurang cerdik dari dia sebagai timbalan, bila timbalan naik jadi Ketua, dia akan lantik orang yang lagi bodoh jadi Timbalan, dan seterusnya. Sebab itulah semakin lama, semakan ramai orang yg bodoh masuk politik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 271