Quantcast
Channel: Idaman Info
Viewing all articles
Browse latest Browse all 271

Langkah-Langkah Persiapan Untuk Temuduga Kerja

$
0
0

Langkah-Langkah Persiapan Untuk Temuduga Kerja


Pasti semua orang yang sudah bekerja akan ada pengalaman yang tersendiri dalam menghadapi temuduga semasa proses mendapatkan pekerjaan.

Temuduga kerja juga merupakan pengalaman yang akan di ingat sampai bila-bila lebih-lebih lagi kalau berjaya dalam temuduga tersebut.

Tapi lain pula kepada orang-orang baru yang nak melangkah ke alam pekerjaan. Berpindah dari dunia pendidikan ke alam pekerjaan, setiap orang perlu menempuh dulu pengalaman termuduga kerja. 

Persiapan untuk menghadapi temuduga tak boleh sesekali di pandang mudah, sebabnya mungkin peluang tersebut hanya datang sekali. Kalau tak gunakannya dengan sebaik mungkin, pasti kerja yg kita inginkan akan terlepas kepada calon temuduga lain.

Di samping berdoa kepada Allah untuk memudahkan urusan, usaha juga perlu kita persiapkan supaya ia lebih sempurna.

Menghasilkan Aura Positif Dalam Diri
Persediaan untuk menghadirkan aura positif dalam diri hendaklah di lakukan 3 hari sebelum anda hadir ketempat temuduga. Pekara yang paling penting untuk menempuh Soal jawab semasa di temuduga adalah mesti ada aura positif dari diri kita. Sebenarnya aura positif ini akan dirasai oleh penilai temuduga sebaik saja anda melangkah masuk kedalam bilik Temuduga.

Macam mana nak hasilkan Aura Positif ini dari dalam diri kita?

Untuk mengeluarkan aura positif di dalam diri, ia perlu bermula Dari dalam diri kita sendiri. Buang segala bentuk pemikiran yang negetif yang ada dalam minda. Terapkan pemikiran positif sebolehnya, Contohnya setiasa berfikiran tak ada apa di dunia ini mustahil untuk di lakukan dan Hanya Allah sebaik-baik penentu segalanya.

Cuma mengawal Masalah yang ada. Sesuatu masalah boleh di selesaikan dengan mengambil sedikit masa untuk bertenang, lapangkan hati dan fikiran, insyaallah segala akan selesai ketika kita mengambil sikap sedikit bersabar. Tidak memikirkan masalah bukan bermakna kita lari dari masalah itu, ia penting untuk fikiran kita berada dalam tempoh bertenang supaya dalam berfikir dan menilai sesuatu setuasi masalah dengan lebih baik.

Sentiasa berfikir dan melihat sesuatu pekara dari sudut positif atau bersangka baik. Ada pepatah megatakan "lihatlah sesuatu dari mata lebah, Jangan melihat sesuatu dari mata lalat" mata lebih hanya melihat bunga yang menghasilkan madu berbanding mata lalat yang suka melihat benda-benda kotor.

Jika seorang Calon temuduga itu berjaya meletakan diri dalam suasana pemikiran positif, pasti ia akan lebih yakin menjawab sebarang soalan oleh penemuduga.

Pengetahuan Am yang sentiasa up to date sangat penting untuk di nilai. Di samping bersedia dengan jawapan yang bakal di tanya dalam bidang yang di pohon. Pengetahuan Am yang terkini juga mengambarkan diri kita yang sebenarnya. 

Pengetahuan Basic seperti sejarah Malaysia, nama-nama menteri yang terkini perlu sentiasa update supaya diri kita dipandang sebagai seorang yang berpegetahuan luas dan mengambil berat dalam hal dunia semasa. Maklumlah Jawatan menteri sekarang sentiasa bertukar-tukar dengan cepat, kadang tu sampai dah celaru siapa Menteri sekarang.

Untuk mengetahui banyak pengetahuan, anda perlulah mula membaca dengan mencari sumber-sumber bacaan yang berkaitan dan releven pada sesuatu masa. 

Berikut adalah beberapa panduan umum untuk persiapan temuduga kerja:

1. Pengetahuan tentang Syarikat: Kenali syarikat tempat anda memohon. Ketahui misi, visi, nilai, dan produk atau perkhidmatan utama mereka.

2. Pemahaman Terhadap Jawatan: Fahami dengan jelas keperluan jawatan yang dipohon. Selaraskan kelayakan dan kemahiran anda dengan keperluan jawatan tersebut.

3. Latihan Pertanyaan Temuduga: Latih diri anda dengan menjawab soalan-soalan umum temuduga. Contohnya, "ceritakan tentang diri anda" atau "apa kelebihan dan kelemahan anda."

4. Kemahiran Soft Skills: Pertimbangkan kemahiran interpersonal seperti komunikasi, kerjasama, dan inisiatif. Bagaimana anda dapat menyumbang kepada keharmonian pasukan?

5. Penyelidikan Gaji dan Faedah: Kenalpasti gaji yang munasabah untuk jawatan tersebut dan fahami faedah yang disediakan oleh syarikat.

6. Pakaian dan Penampilan: Pilih pakaian yang sesuai dengan budaya syarikat dan jawatan yang dipohon. Pastikan penampilan anda bersih dan kemas.

7. Pertanyaan untuk Penemuduga: Sediakan beberapa soalan untuk ditanyakan kepada penemuduga. Ini menunjukkan minat anda terhadap syarikat dan jawatan.

8. Rujukan dan Portofolio: Bawa salinan resume, surat permohonan, dan sebarang portofolio atau rujukan yang mungkin diminta.

9. Sikap Positif dan Keyakinan Diri: Tunjukkan sikap positif, keyakinan diri, dan keinginan untuk belajar. Berikan contoh pengalaman masa lalu yang mencerminkan kualiti diri Anda.

10. Pemantauan Etika: Pastikan tingkah laku dan etika peribadi anda mencerminkan profesionalisme. Jaga bahasa badan dan berikan salam dengan yakin.

Ingatlah, persiapkan diri dengan teliti, tetapi juga bersedia untuk menunjukkan diri sebenar anda. Selamat menjalani temuduga!

Jika kamu merasakan peluang temuduga yang datang ini terlalu penting dalam menentukan jalan hidup dan masa depan anda. Saya sarankan anda baca dan ikut cara-cara menghadapi Temuduga kerja dengan sempurna dari seorang yang betul dan berpegalaman dalam dunia temuduga kerja ini.

Dapatkan dan baca ebook tersebut dengan Klik Di Sini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 271